Syarat kemasukan program SPGT mestilah rakyat Malaysia yang berumur antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pemohon juga mestilah lulus peperiksaan SPM atau setaraf dan mestilah mendapat:
1. Kepujian dalam mata pelajaran
• Bahasa Melayu
• Matematik atau Matematik tambahan
• Satu (1) mata pelajaran lain dan
2. Lulus dalam mata pelajaran
• Bahasa Inggeris
• Satu (1) mata pelajaran lain.
Bahasa pengantar utama program SPGT adalah Bahasa Inggeris. Sistem pengajian di INSPEN adalah berdasarkan semester yang meliputi kuliah dan tutorial, latihan amali makmal/studio dan latihan industri. Penilaian pengajian adalah berdasarkan gabungan kerja kursus dan peperiksaan akhir. Kerja kursus adalah terdiri daripada tutorial, ujian, kuiz, tugasan dan sebagainya.
Yuran pengajian bagi setiap semester ialah RM365.00 merangkumi:
1. Yuran pengajian : RM200
2. Yuran Kemudahan : RM80
3. Yuran lain-lain : RM85
Kurikulum pengajian adalah berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran dalam bidang penilaian dan pengurusan harta tanah.
SEMESTER | TEMPOH PENGAJIAN | SUBJEK |
---|---|---|
1 | 14 minggu | |
2 | 14 minggu | |
3 | 7 minggu | |
4 | 14 minggu | |
5 | 14 minggu | Industrial Training |
Graduan INSPEN mempunyai dua (2) pilihan setelah tamat pengajian iaitu:
1. Bekerja di sektor awam atau sektor swasta, atau
2. Melanjutkan pelajaran dengan pengecualian kredit di peringkat:
a. Diploma dan Ijazah di Universiti Awam dan Universiti Swasta Tempatan, atau
b. Ijazah luar negara iaitu di Queensland University of Technology (QUT), Australia atau di Western Sydney University (WSU), Australia.